Aktiviti Kami

JIKA INGIN DAFTAR PROGRAM ATAU BELI PRODUK.SILA ISI FORM DIBAWAH

SILA PILIH: DAFTAR PROGRAM
BELI PRODUK
Sila pilih produk jika berminat: TRIO DETEKTIF:Bomoh Sakti Rajawali
TRIO DETEKTIF:Misteri Kilang Biskut
TRIO DETEKTIF:Makhluk Aneh Pulau Pisang
DVD GEGARKAN MINDA (MATH MAGIC)
SILA PILIH PROGRAM(tak perlu jika hanya membeli produk):
Name(wajib):
TELEFON(wajib):
ALAMAT(wajib):
NAMA SEKOLAH(wajib):
UMUR(wajib):
Email Address:
Sebarang pertanyaan; sila nytakan di sini:

This contact form was created by Freedback.

nak print flyers colur? klik sini..

Masa Itu EMAS!

Tuesday, December 22, 2009

blog blog bicara sempoi!

saya baru temui satu blog yang dapat membantu para bloggers utk mempopularkan blog sendiri...cuma lawati blog ini dan ikut saja arahan mudah..
mari kita saling bantu membantu

Sunday, December 20, 2009

aPA NAK bUat ni??..Cuti seKOlah Dah NAK aBis...

Cuti sekolah dah nak habis!!!!!....Tahun baru bermakna alam sekolah akan kembali bermula...KElengkapan sekolah adik2 dah beli????sediakan awal jangan tunggu hingga hujung tahun.jika semua orang tunggu sampai hujung tahun baru nak beli...jadilah kesesakan ketika membeli-belah..aduhhhh pening sungguh nak membeli apa2 pun waktu2 begini...jadi belilah lebih awal..



sekiranya semua kelengkapan telah pun disiapkan awal2 lagi oleh ibubapa...inilah masa yang terbaik utk adik2 semua membuat sedikit ulangkaji topik2 yang akan dipelajari pada tahun 2010 nanti...





1) Buat sedikit bacaan daripada buku teks yang baru dibeli itu..


2)Cari bahan2 pembelajaran tambahan dari sumber2 yang lain contohnya sumeber daripada internet.


3) Luangkan masa ke library untuk dapatkan buku2 tambahan utk ulangkaji..





tak LuPA juga





1)buku2 yang lama jangan dibuang kerana ia masih berguna utk rujukan adik2..


2)refresh minda adik2 dengan membelek kembali pelajaran2 yang lepas supaya tidak lupa...





JANGAN BAZIRKAN MASA YANG HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI SHJ LAGI INI!





Friday, December 18, 2009

hye adik2!...

hari ini merupakan tahun baru dalam calendar ISLAM.
AWAL MUHARRAM..

jadi marilah kita sama2 menanamkan azam baru demi
meningkatkan kulaiti hidup kita.

marilah berazam untuk LEBIH RAJIN
-rajin belajar!
- rajin membantu ibubapa dirumah!
-rajin membaca Quran!
-rajin mendengar nasihat!

marilah berazam untuk LEBIH KUAT
-kuat mengulangkaji pelajaran
-kuat berdoa kepada TUHAN
-kuat hadapi GODAAN SYAITAN
-kuat SEMANGAT

banyak lagi azam2 yang boleh ditanam didalam diri masing2.
AZAM membantu kita menguatkan motivasi diri
kerana kita ada TARGET untuk dicapai...

FIKIR2KAN AZAM ANDA TAHUN INI!

semoga jumpa lagi....

Friday, October 9, 2009

GOOD LUCK buat adik2 PMR!

hai semua...minggu ini rakan2 kita di ting. 3 sedang menduduki PMR..GERRUUUNNN...jgn takut...jika adik2 semua telah bersedia awal tiada apa yg perlu dirisaukan...

- disaat-saat begini mental dan emosi adik2 perlu kuat..pastikan jgn ada gangguan dari anasir-anasir luar yg boleh menggugat mental dan emosi anda...

-SET minda anda..FOKUS minda anda..TENANGKAN hati anda...

-gunakan tips2 teknik belajar yg telah diberi kepada anda...

-yg penting JGN LUPA BERDOA setelah anda berusaha...kerana DOA sgt membantu menenangkan hati adik2 ketika menjawab kertas peperiksaan..


SEMOGA ADIK2 SUCCESS!!

Friday, September 11, 2009

CINTA & STUDY

"Cikgu Yaser, saya pelajar Ting. 3 di sebuah sekolah di Klang. Saya sekarang dilamun cinta dgn teman sekelas saya. Mula-mula kami berkawan, tetapi sekarang saya rasa sayang padanya. Dia pun begitu. Kami juga sering keluar ke shopping mall & hang out setiap weekend. Tapi, masalahnya bila saya ajak dia study sama-sama di library dia taknak. Apa pendapat cikgu?"
Dari Mas,Klang

Cinta memang penting. Allah menyebut dalam al-Quran: "Aku jadikan kamu berpasangan..." memang setiap org punya pasangan masing-masing. Jika sekarang belum ada, nanti InsyaAllah akan ada. Tapi masalah adik Mas ni lain sikit. Cinta semasa study... Cinta masa sekolah ni boleh, bukan tak boleh, tapi kena control. Kalau boleh, ikut tips ini:
1. Kenal pasti cinta ikhlas atau cinta nafsu: kalau pasangan kita lebih pentingkan cinta, maksudnya lebih suka hang out, lepak, buang masa, apatah lagi suka ajak buat perkara sumbang, sudah semestinya itu cinta nafsu... awas! Lelaki tak rugi, org perempuan mcm Mas yg akan kecewa nanti.
2. Pandai bahagi masa: masa study mesti study, masa nak hang out mesti jangan keterlaluan. Ingat: semua takkan terjadi jika kita bertepuk sebelah tangan. Tapi jgn pula curi tulang- study dilibrary, tapi tak study pun, syok-syok saja lebih. Jangan tipu diri. Satu lagi, jangan sesekali amalkan bergayut handphone atau telefon: tak bagus utk otak & sgt bagus utk mak berleter (kalau nak le)
3. Jangan 100% berharap: umur spt Mas masih muda. Masih jauh perjalanannya. Takut-takut nanti hati terpaut pada yg lain pula. Sama ada pihak lelaki atau perempuan. Sebab, bila umur remaja, hati kita sentiasa berubah-ubah. Jgn terlalu berharap pada cinta itu 100%, kerana nanti bila clash, pakwe pun hilang, study pun hilang, takut-takut akal pun hilang...
4. Kalau boleh elak, lagi bagus! 90% cinta semasa sekolah tak kekal. Ini kenyataan. Tapi ada juga yg kekal. Yg penting, kalau rasanya Mas tak boleh control diri, maksudnya masa bercinta ni nampaknya diri Mas lagi teruk, lagi tak terurus, study pun tak menentu, lebih baik ambil keputusan bijaksana: putuskan. Jika ditunggu, makin lama makin sayang. Jika makin sayang, makin parah nak berpisah.

Ingat! Cinta kalau membawa kita kepada lebih baik memang bagus, tapi jika sebaliknya, mungkin sekarang kita dilamun keindahan, tapi nanti kecewa. Ingat! memang susah utk buat keputusan, sangat memedihkan, tapi jangan lupa UBAT UNTUK ORANG DEWASA BIASANYA PAHIT!

Wednesday, September 9, 2009

program eksklusif

program ku pohon semua A  20 ogos 09

program esklusif bersama ustaz zamri tv9 'mari mengaji'... 

bertempat di dewan sri mentaloon, kediaman menteri besar, alor star, kedah

cikgu yaser dan ustaz zamri








cikgu yaser memberi ucapan pembukaan..majlis ini dirasmikan oleh yg berbahagia isteri menteri besar kedah...

ustaz zamri menyampaikan slot adab2 berdoa...
para peserta program....teruja dengan penyampaian motivator..
cikgu yaser turut menyampaikan slot motivasi bertajuk 'lupa dan cara atasi'
memori pelajar2 alor setar bersama ustaz zamri..












autograf khas buat peminat cilik..
kaunter jualan buku2 motivasi..

Friday, September 4, 2009

UPSR semakin hampir!!..

khas buat pelajar upsr....cikgu nak wish all the best untuk semua...walau kita semua sedang menjalani ibadah puasa bukan alasan untuk kita tidak mampu untuk jawab exam UPSR!...

cikgu tau adik2 semua kuat semangat dan telah byk berusaha ke arah kejayaan dlm exam UPSR..

pesanan dr cikgu dalam waktu terdekat ini adik2 semua mesti
- sentiasa tenang
- menjaga kesihatan diri
- byk ulang kaji
- byk buat latihan intensif
- kurangkan menonton dan bermain
- makan makanan berzat tinggi seperti sayuran2
- makan makanan tambahan seperti vitamin

akhir kata...cikgu sedia mendengar apa2 saja masalah adik2 yg menghadapi masalah dlm peperiksaan UPSR..sila tinggalkan komen..

salam sayang dr cikgu yaser..