Aktiviti Kami

JIKA INGIN DAFTAR PROGRAM ATAU BELI PRODUK.SILA ISI FORM DIBAWAH

SILA PILIH: DAFTAR PROGRAM
BELI PRODUK
Sila pilih produk jika berminat: TRIO DETEKTIF:Bomoh Sakti Rajawali
TRIO DETEKTIF:Misteri Kilang Biskut
TRIO DETEKTIF:Makhluk Aneh Pulau Pisang
DVD GEGARKAN MINDA (MATH MAGIC)
SILA PILIH PROGRAM(tak perlu jika hanya membeli produk):
Name(wajib):
TELEFON(wajib):
ALAMAT(wajib):
NAMA SEKOLAH(wajib):
UMUR(wajib):
Email Address:
Sebarang pertanyaan; sila nytakan di sini:

This contact form was created by Freedback.

nak print flyers colur? klik sini..

Masa Itu EMAS!

Wednesday, December 17, 2008

WAKTU STUDY BERKESAN

Waktu study ni terbahagi kepada 3 kategori:
i. study sebagai input pertama kali
ii. study untuk persediaan
iii. study untuk ulangan / ingatan

i. Study Sebagai Input Pertama Kali
Biasanya sebagai pelajar, study kategori ni kita boleh sifatkan sebagai study di dalam kelas. Iaitu semasa guru mengajar. Sebenarnya, apa yang cikgu ajar sangat penting dan lebih penting daripada apa yang kita baca melalui buku teks, buku rujukan dan juga pusat tuisyen. Selalunya pelajar ambil endah tak endah masa cikgu mengajar di dalam kelas. Tetapi cuba beri tumpuan masa baca buku rujukan dan juga kelas tuisyen. Fahaman ini salah sebenarnya. Yang penting, beri tumpuan di dalam kelas dulu. Kerana itulah yang akan ditanya dalam peperiksaan nanti. Baca buku dan tuisyen hanya sebagai tambahan kepada pemahaman kita di dalam kelas. Buat tiga benda ni, InsyaAllah ok:
i. Semasa cikgu mengajar, tengok cikgu dan beri tumpuan sepenuhnya
ii. Semasa cikgu mengajar juga, ambil nota ringkas. Seringkas mungkin. Tak cantik pun tak apa, nanti salin semula. INGAT! Catatkan nota penting dan apa yang tak faham (soalan-soalan untuk ditanya)
iii. Lepas kelas, tanya cikgu soalan-soalan yang kamu sediakan tadi

Untuk dua teknik study lagi, jumpa lain kali ye... amalkan yang ini dulu.

Thursday, October 9, 2008

TIPS HILANG MENGANTUK

Masalah mengantuk ni ramai pelajar yang hadapi, terutamanya dalam kelas. Lebih-lebih lagi subjek yang tidak disukai atau kureeng minat. Di sini ada beberapa tips yang boleh dibuat:
  1. Minum air mineral / air kosong banyak-banyak. Kajian pakar mengatakan, kita memerlukan air kosong paling sikit 1 botol air mineral bersaiz besar tu untuk sehari. Kalau kita minum kurang dari itu, kita cepat mengantuk, mudah letih, dan paling bahaya, lama kelamaan senang dapat penyakit. Oleh itu, minumlah banyak-banyak. Tapi ingat, elakkan minum air berkorbonet/ air gas, macam-macam penyakit boleh datang terutamanya kencing manis atau buah pinggang. Jarang-jarang sekali boleh le minum air gas tu.
  2. Cikgu mengajar di depan, anda sebagai pelajar jangan jadi "tugu negara". Lihat cikgu dan tulis nota ringkas. Ramai penlajar yang jadi "tugu negara" semasa cikgu mengajar. Tak bagusss. Lagi hebat, ada yang "mengajar" kawan di belakang kelas semasa cikgu mengajar di depan kelas. Tak berkat tu. Elakkan yee...
  3. Cari jalan untuk minat setiap subjek. Study dengan teknik yang betul. Macam mana tu? Nantilah kita bincang lain kali pula ye. Jangan benci subjek. Dan paling penting, jangan sesekai benci cikgu. Biar orang benci kita, tapi kita jangan benci orang. Tetapi, ikut kajian pakar, orang yang tidak membenci orang lain, pasti orang lain tak akan membenci dirinya. Orang yang selalu sangat benci pada orang, ramailah orang akan benci padanya. Sebab, apa yang ada di hati kita, di fikiran kita, akan membentuk perangai kita dan aura kira. Aura ni macam magnet, kalau hati kita penuh kebencian, makan aura tubuh kita pun suka menarik benci orang lain. So... jangan benci-benci leeee.
Itu saja untuk kali ini, jumpa lagi lain kali. Salam bahagia dan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tuesday, October 7, 2008

hai adik2..

Hai... jumpa lagi. Bagi anda yang telah mengikuti Program Minda yang saya anjurkan... terima kasih banyak-banyak. Yang mana yang belum tu... cubalah. Pasti tak rugi. Dijamin. Ada yang tanya macam mana nak ikuti program saya? SMS 013-3009961 untuk tahu lokasi dan tarikh seminar. Seminar ni dianjurkan setiap hujung minggu, di seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak). Jadi kalau nak tahu masa terdekat ni kami di mana, SMS lah yeee.
Halo halo haloo... apa khabar? Terima kasih memilih untuk renung blog Program MInda ini. Dengan membaca blog ini selalu, minda anda akan diprogram semula menjadi MINDA THE BEST! Tak percaya? Try leeee....