Aktiviti Kami

JIKA INGIN DAFTAR PROGRAM ATAU BELI PRODUK.SILA ISI FORM DIBAWAH

SILA PILIH: DAFTAR PROGRAM
BELI PRODUK
Sila pilih produk jika berminat: TRIO DETEKTIF:Bomoh Sakti Rajawali
TRIO DETEKTIF:Misteri Kilang Biskut
TRIO DETEKTIF:Makhluk Aneh Pulau Pisang
DVD GEGARKAN MINDA (MATH MAGIC)
SILA PILIH PROGRAM(tak perlu jika hanya membeli produk):
Name(wajib):
TELEFON(wajib):
ALAMAT(wajib):
NAMA SEKOLAH(wajib):
UMUR(wajib):
Email Address:
Sebarang pertanyaan; sila nytakan di sini:

This contact form was created by Freedback.

nak print flyers colur? klik sini..

Masa Itu EMAS!

Thursday, April 29, 2010

pengumuman!!

siri kedua dan ketiga trio detektif dah keluar!!!!

DAPATKAN MISTERI KILANG BISKUT DAN MAHKLUK ANEH PULAU PISANG SEKARANG!

dapatkan di kedai buku MPH,POPULAR ATAU MESRA PETRONAS atau mana2 kedai buku di tempat anda!

HANYA RM10 SEBUAH!

Friday, April 2, 2010

Pengorbanan SI LABAH-LABAH


ini fakta tentang pengobanan labah2 kepada anaknya. inilah kebesaran yang ALLAH nak tunjukkan kepada kita.


-Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak-anaknya yang baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada memakan sesama sendiri.

Fakta menarik yg perlu diketahui..

-Perkataan 'Checkmate' berasal dari bahasa Parsi iaitu ' shah mat' yang bermaksud 'raja sudah mati'.

-Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama, yang belajar daripada kesilapan sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula, yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

-Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.

-Kira-kira 17 peratus manusia adalah kidal, sama dengan gorila dan cimpanzi.

hehehe...jgn mare..

Thursday, April 1, 2010

kehebatan HONEY BEE

Dalam koloni lebah; mereka membahagikan kerja dan peranan masing2 mengikut kumpulan.
Lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
• lebah ratu; lebah betina boleh bertelur
• lebah pekerja; lebah betina tidak boleh bertelur; dan
• lebah jantan.

Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.
ratu lebah
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.
lebah pekerja
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit. telur dan larva

Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.

Lihat betapa hebatnya lebah kerana pandai membahagikan kerja2 dlm kumpulan mereka.

Sebagai pelajar anda patut contohi koloni lebah dalam membahagikan kerja semasa belajar dalam STUDY GROUP anda.
setiap ahli dlm STUDY GROUP mesti memainkan peranan dlm kumpulan masing sbg contoh:

- setiap ahli mesti diberi satu tugasan mencari topik2 yg ingin dibincangkan.

-semasa berbincang perlu saling bertukar pendapat dan pengetahuan.

-sediakan beberapa soalan utk dibincang bersama supaya aktiviti belajar tak jadi boring.

-cari cara2 kreatif utk belajar bersama2 seperti adakan kuiz atau game yg berkaitan topik yg dibincangkan pada masa itu.

Cuba praktikkan apa yg cikgu ajar ini.pasti STUDY GROUP anda akan memjadi yg terbaik maka prestasi pelajaran kamu juga akan meningkat!