Aktiviti Kami

JIKA INGIN DAFTAR PROGRAM ATAU BELI PRODUK.SILA ISI FORM DIBAWAH

SILA PILIH: DAFTAR PROGRAM
BELI PRODUK
Sila pilih produk jika berminat: TRIO DETEKTIF:Bomoh Sakti Rajawali
TRIO DETEKTIF:Misteri Kilang Biskut
TRIO DETEKTIF:Makhluk Aneh Pulau Pisang
DVD GEGARKAN MINDA (MATH MAGIC)
SILA PILIH PROGRAM(tak perlu jika hanya membeli produk):
Name(wajib):
TELEFON(wajib):
ALAMAT(wajib):
NAMA SEKOLAH(wajib):
UMUR(wajib):
Email Address:
Sebarang pertanyaan; sila nytakan di sini:

This contact form was created by Freedback.

nak print flyers colur? klik sini..

Masa Itu EMAS!

Thursday, December 24, 2009

Mama PeNIng! MAma PEniNG!..

sudah 2 minggu saya balik ke kg.bermakna sudah seminggu saya sibuk melayan kerenah anak2 saudara yg berumur dr 4 thn ke 9 thn! hanya 3 orang yg tinggal bersama ibu ku dan juga mama mereka.2 org perempuan dan yg bongsu lelaki tetapi cukup membuatkan rumah ibu ku riuh rendah dgn suara mereka di selang seli dgn pekikan mama mereka! aduhhh....bingit dibuatnya..:D

selama 2 minggu ini juga saya memerhatikan mereka dan banyak perkara yg boleh saya kupas dan jadikan pengajaran dlm diri utk membentuk insan yg bernama anak kecil.seawal usia inilah mereka harus dibentuk supaya bila besar nanti dpt berdiri dengan kaki sendiri.

kerenah anak2 saudara ku yg DEGIL,PEMALAS,MELAWAN,MANJA,TIDAK BERDISPLIN,SUKA BERKELAHI cukup memberi cabaran kepada orang2 yg tinggal dlm rumah ini.maka saya dan isteri menggunakan kaedah saya untuk melatih mereka supaya lebih berdisiplin dengan cara tersendiri WALAUPUN PADA HAKIKATNYA KAMI MASIH BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT!.

PERTAMA mereka liat sgt nak mandi dan suka keluar bilik mandi dlm keadaan basah.jadi setiap selepas mandi saya akan tunggu mereka keluar dan pastikan mereka mengelap badan hingga kering sblm keluar.3 hari dilatih dan diberi amaran rotan..nampak usaha membuahkan hasil!..si bongsu yg hero tu pun tak berganjak dari bilik air selagi dia tak dapat towel utk mengeringkan badannya WALAUPUN mamanya panggil keluar!hatiku bersorak gembira!
KEDUA mereka sgt suka mkn makanan yg tidak berkhasiat seperti keropok(jajan) dan gula2.pernah mereka minta saya belikan keropok tapi saya tak hiraukan walaupun mereka menangis hingga mereka terpaksa berjanji utk makan nasi hingga habis baru saya belikan.saya belikan mereka coklat kacang dan memberi amaran takakn belikan mereka coklat kacang lagi jika mereka minta jajan lagi.saya menerangkan betapa bahaya keropok jajan dimakan setiap hari kepada mereka hingga mereka tak berminat lagi.jadi setiap kali mereka membuat kesalahan mereka tidak akan diberi ganjaran coklat kacang yg hanya dihadkan sekali sehari shj! maka terpaksalah mereka menunggu hingga esok.:D
keputusannya jika mereka meminta saya coklat kacang tapi saya menggelengkan kepala mereka sudah tahu pasti antara mereka ada yg membuat kesalahan contohnya tak mandi pagi lagi ke..dengan sendiri si pesalah akan pergi mandi tanpa disuruh!
KETIGA mereka makan nasi selalu berterabur atas meja keliling pinggan.caranya setiap kali makan saya akan pastikan mereka makan dgn tertib dan sentiasa mengumpulkan nasi dlm pinggan mereka supaya tidak terkeluar dr pinggan.mereka perlukan makan dgn perlahan2 dan saya tunggu hingga habis.setiap nasi yg jatuh wajib dikutip selepas makan.dan sedikit tazkirah ttg rezeki dan nasi yg menangis kerana pembaziran buat mereka.ternganga juga mereka dibuatnya bila dgr nasi menangis! :D

setelah beberapa hari di'trainning' nampaknya membuahkan hasil.mereka mula mendengar kata dan tidak lagi bergantung kepada ganjaran semata2 untuk melakukan sesuatu.mereka mampu dibentuk walaupun tanpa pekikan mama mereka!kerana pekikan itu sudah lali buat mereka.dan sedikit hukuman atau denda amat membantu mengatasi kedegilan mereka.trainning masih diteruskan untuk mengekalkan displin mereka.alhamdullilah...

1 comment:

iela said...

anak2 sedara ku yg comel dan nakal! mmg buat mama n tok nya pening dirumah..maklong pun jadi pening juga!..tapi mereka menghiburkan..keletah..kata2 mereka kadang2 menggelikan hati kami sekeluarga...pertanyaan mereka sehinggakan maklong ni tak mampu nak jwb..bertubi-tubi soalan yg keluar..soalan plg popular dan wajib tanya "maklong nak pergi mane tu?" dan "kalau baby buat perangai maklong balik yeah?"

dina,nabila dan baby....