Aktiviti Kami

JIKA INGIN DAFTAR PROGRAM ATAU BELI PRODUK.SILA ISI FORM DIBAWAH

SILA PILIH: DAFTAR PROGRAM
BELI PRODUK
Sila pilih produk jika berminat: TRIO DETEKTIF:Bomoh Sakti Rajawali
TRIO DETEKTIF:Misteri Kilang Biskut
TRIO DETEKTIF:Makhluk Aneh Pulau Pisang
DVD GEGARKAN MINDA (MATH MAGIC)
SILA PILIH PROGRAM(tak perlu jika hanya membeli produk):
Name(wajib):
TELEFON(wajib):
ALAMAT(wajib):
NAMA SEKOLAH(wajib):
UMUR(wajib):
Email Address:
Sebarang pertanyaan; sila nytakan di sini:

This contact form was created by Freedback.

nak print flyers colur? klik sini..

Masa Itu EMAS!

Sunday, March 21, 2010

KEM SOLAT&ADAB








KEM SOLAT &ADAB BENDANG MAN, SIK
16,17,18 MAC 2010

cuti sekolah yg lepas....kem solat&adab di bendang man sik telah berjaya dianjurkan oleh grand event pada 16-18 mac. pelajar2 yang terlibat adalah pelajar sekitar kulim, sg petani dan sik...

peserta utk kem cuti sekolah ini melibatkan seramai 35 pelajar berumur seawal 7thn hingga 14thn...

pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan :kumpulan merah, kumpulan biru, kumpulan ungu, kumpulan kuning dan kumpulan hijau.

setiap kumpulan diberi peluang utk mencipta nama, logo dan motto kumpulan masing





kumpulan merah: d'islamic world


kumpulan biru: putih kesucian


kumpulan ungu:berjaya


kumpulan kuning: laksamana


kumpulan hijau:the great muslim

setiap pelajar dipenuhi dengan aktiviti2 dalaman dan juga aktiviti luaran.



aktiviti dalaman

1)slot tazkirah solat&adab diadakan setiap selepas waktu solat

1: solat sempurna cara rasulullah

2: biadab sering lakukan tanpa sedar

3: rahsia solat isyra dan dhuha

4: waktu digalakkan solat sunat & diharamkan solat

5:teknik dan fadhilat solat hajat dan taubat

6: rahsia solat mengikut sains

2)slot kreatifkan mindamu! ..membina keyakinan diri dan mengembangkan bakat,kreativiti dan memperbaiki komunikasi antara pelajar. slot ini diadakan dalam kumpulan masing2.

3)slot harapan ibubapa..penganjur telah menjemput ust fadhil dari sik utk menyampaikan ceramah utk slot ini..slot ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar ttg harapan tinggi ibubapa terhadap pelajar.


aktivit luaran

1)explore race..slot ini bertujuan utk mengajar peserta berfikiran kreatif dan melatih critical thingking dimana soalan2 teka-teki diberi utk dibincangkan dlm kumpulan masing2.selain mencabar minda pelajar ia juga menguji ketahana emosi dan fizikal pelajar.kerjasama kumpulan sgt penting dlm aktiviti ini..

2)ops iron man..aktiviti ini adalah utk mengajar pelajar supaya saling tolong menolong dlm kumpulan..dan melatih ketua kumpulan utk mengawal ahli2 kumpulan masing2. aktiviti ini juga bertujuan utk memastikan pelajar dpt menerima arahan dr ketua dgn baik dan melaksanakan tugas yg diberi secara bersungguh2..aktiviti ini juga menguji kekuatan fizikal dan mental pelajar.

3)kendiri pasti boleh!...dlm aktiviti ini pelajar diajar utk menghidupkan unggun dan memasak telur didlm tanah..dlm aktiviti ini kerjasama juga sgt penting utk memastikan tugas yg diberi dpt dilaksanakn dengan baik..setiap pelajar harus mengambil peranan masing2 utk memastikan telur dpt dimasak.

4)ops komando rentas sungai..tujuan aktivit ini adalah utk memecahkan sikap tidak berani mencuba sesuatu yg mencabar dlm diri pelajar..ia melibatkan water confident aktiviti dimana pelajar harus mengharungi sungai yg dalam sambil dibantu oleh fasilitator.tgn pelajar diikat antara ahli kumpulan sambil mengharungi sungai yg berbatu utk mengajar pelajar ttg kekuatan dan kelemahan sesuatu kumpulan.kumpulan yg mantap bermaksud semua ahli melaksanakan tugas dgn baik dan jika salah seorang lemah ia akan memberi kesan kepada seluruh kumpulan itu..

sepanjang kem..tahap disiplin pelajar juga diberi penekanan.jadual waktu yg padat perlu pelajar ikuti mengikut masa yg ditetapkan.

pelajar juga diajar ttg kebersihan tempat tinggal dan diri sendiri.

pelajar juga diserahkan tanggungjawab menjaga sebiji telur ayam sepanjang kem dijalankan. ini adalah bertujuan menerapkan sikap tanggungjawab menjaga sebaik2nya sesuatu yg diberikan kepada pelajar.utk pelajar yg gagal menjaga tanggungjawab yg diberi,denda diberikan kpd mereka sbg pengajaran.

Friday, February 26, 2010

macamane nak beli novel trio detektif?


dapatkan novel trio detektif di kedai2 buku sekita kawasan anda...


jika anda ingin order terus ke sini

sila sms ke 0126276767 / 0194164116


anda akan diberi arahan selanjutnya.


buku akan dipos terus ke rumah anda setelah pembayaran dibuat.


harga buku rm10


kos penghantaran rm5

Wednesday, February 24, 2010

NOVEL TRIO DETEKTIF



NOVEL PERTAMA CIKGU YASER KINI BERADA DI PASARAN!
Ketahui lebih lanjut bagaimana detektif-detektif cilik ini menyelesaikan misi mereka yang penuh misteri.
Novel ini sangat sesuai utk pembaca sekolah rendah!



TRIO DETEKTIF: BOMOH SAKTI RAJAWALI

HARGA : RM10 SAHAJA!


Wednesday, February 10, 2010

DVD MOTIVASI CIKGU YASER


DVD MOTIVASI 'MATH MAGIC GEGARKAN MINDAMU'


DAPATKAN DVD INI DENGAN HARGA PROMOSI RM10!
HARGA BIASA RM29.90
PERKHDIMATAN POS EXPRESS DISEDIAKAN.CUMA RM5 TAMBAHAN UTK POS EXPRESS.
HUBUNGI/SMS KE 0194164116 UTK PEMBELIAN.




Thursday, January 7, 2010

tahun yg cemerlang 2010!




hye adik2!...saudara saudari tuan puan....






program minda akan mula bergerak memulakan langkah pertama 2010!

program minda pertama pada 27 jan 2010 di utm skudai!

untuk pertanyaan sila hubungi 0126276767/0194164116


Thursday, December 24, 2009

Mama PeNIng! MAma PEniNG!..

sudah 2 minggu saya balik ke kg.bermakna sudah seminggu saya sibuk melayan kerenah anak2 saudara yg berumur dr 4 thn ke 9 thn! hanya 3 orang yg tinggal bersama ibu ku dan juga mama mereka.2 org perempuan dan yg bongsu lelaki tetapi cukup membuatkan rumah ibu ku riuh rendah dgn suara mereka di selang seli dgn pekikan mama mereka! aduhhh....bingit dibuatnya..:D

selama 2 minggu ini juga saya memerhatikan mereka dan banyak perkara yg boleh saya kupas dan jadikan pengajaran dlm diri utk membentuk insan yg bernama anak kecil.seawal usia inilah mereka harus dibentuk supaya bila besar nanti dpt berdiri dengan kaki sendiri.

kerenah anak2 saudara ku yg DEGIL,PEMALAS,MELAWAN,MANJA,TIDAK BERDISPLIN,SUKA BERKELAHI cukup memberi cabaran kepada orang2 yg tinggal dlm rumah ini.maka saya dan isteri menggunakan kaedah saya untuk melatih mereka supaya lebih berdisiplin dengan cara tersendiri WALAUPUN PADA HAKIKATNYA KAMI MASIH BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT!.

PERTAMA mereka liat sgt nak mandi dan suka keluar bilik mandi dlm keadaan basah.jadi setiap selepas mandi saya akan tunggu mereka keluar dan pastikan mereka mengelap badan hingga kering sblm keluar.3 hari dilatih dan diberi amaran rotan..nampak usaha membuahkan hasil!..si bongsu yg hero tu pun tak berganjak dari bilik air selagi dia tak dapat towel utk mengeringkan badannya WALAUPUN mamanya panggil keluar!hatiku bersorak gembira!
KEDUA mereka sgt suka mkn makanan yg tidak berkhasiat seperti keropok(jajan) dan gula2.pernah mereka minta saya belikan keropok tapi saya tak hiraukan walaupun mereka menangis hingga mereka terpaksa berjanji utk makan nasi hingga habis baru saya belikan.saya belikan mereka coklat kacang dan memberi amaran takakn belikan mereka coklat kacang lagi jika mereka minta jajan lagi.saya menerangkan betapa bahaya keropok jajan dimakan setiap hari kepada mereka hingga mereka tak berminat lagi.jadi setiap kali mereka membuat kesalahan mereka tidak akan diberi ganjaran coklat kacang yg hanya dihadkan sekali sehari shj! maka terpaksalah mereka menunggu hingga esok.:D
keputusannya jika mereka meminta saya coklat kacang tapi saya menggelengkan kepala mereka sudah tahu pasti antara mereka ada yg membuat kesalahan contohnya tak mandi pagi lagi ke..dengan sendiri si pesalah akan pergi mandi tanpa disuruh!
KETIGA mereka makan nasi selalu berterabur atas meja keliling pinggan.caranya setiap kali makan saya akan pastikan mereka makan dgn tertib dan sentiasa mengumpulkan nasi dlm pinggan mereka supaya tidak terkeluar dr pinggan.mereka perlukan makan dgn perlahan2 dan saya tunggu hingga habis.setiap nasi yg jatuh wajib dikutip selepas makan.dan sedikit tazkirah ttg rezeki dan nasi yg menangis kerana pembaziran buat mereka.ternganga juga mereka dibuatnya bila dgr nasi menangis! :D

setelah beberapa hari di'trainning' nampaknya membuahkan hasil.mereka mula mendengar kata dan tidak lagi bergantung kepada ganjaran semata2 untuk melakukan sesuatu.mereka mampu dibentuk walaupun tanpa pekikan mama mereka!kerana pekikan itu sudah lali buat mereka.dan sedikit hukuman atau denda amat membantu mengatasi kedegilan mereka.trainning masih diteruskan untuk mengekalkan displin mereka.alhamdullilah...

Wednesday, December 23, 2009

KePuTusan PMR keluar hari ini!!!!!!

waahhhhh...alhamdullilah...pasti berbagai-bagai perasaan yg timbul di hati pelajar ting 3 2009 saat mendapatkan keputusan PMR hari ini!!! TAKUT,GEMURUH,GEMENTAR,TERUJA semua berputar-putar dalm perut ni.

apepun..tahniah buat yg berjaya! dan jgn berputus asa buat yang gagl mendapat keputusan memberangsangkan...SPM masih boleh cuba lagi...tiada istilah GAGAL SELAMA-LAMANYA dlm diri kita.gagal hari ini hanya SEMENTARA!

28,188 peroleh semua A dalam PMR
24/12/2009 2:10pm
PUTRAJAYA 24 Dis. — Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.
Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.
Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.
"Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas,” katanya.
Alimuddin berkata, prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun.
"Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1,” katanya.
Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.
Alimuddin berkata, untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat Semua A.
- BERNAMA