-Perkataan
'Checkmate' berasal dari bahasa Parsi iaitu
' shah mat' yang bermaksud 'raja sudah mati'.
-Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama, yang
belajar daripada kesilapan sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang
belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula,
yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
-Keluasan Benua Antartika adalah
14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika
dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair,
paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.
-Kira-kira
17 peratus manusia adalah kidal, sama dengan gorila dan cimpanzi.
hehehe...jgn mare..